Umum sedia maklum bahawa Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sangt dekat dengan semua lapis masyarakat walaupun bergelar agamawan.
Dia juga aktif bermedia sosial dan tidak sombong menjawab sebarang kemusykilan yang diajukan oleh orang ramai.
Menyantuni OKU di pejabat mufti
Menerusi muat naik terbarunya di Facebook, beliau dikunjungi oleh beberapa wakil dari NGO Orang Kelainan Upaya (OKU) Berdaya Hulu Langat.
Lebih mencuri tumpuan Sahibul Samahah ialah seorang mualaf yang baru sahaja memeluk Islam kira-kira setahun lalu lancar mengalunkan surah al- Fatihah.
Dikenali sebagai Wan, lelaki berbangsa Cina itu begitu mudah membaca umul kitab walaupun berstatus OKU.
Malu dengan golongan mulia ini
Menurut coretan yang dibuat oleh Dato’ Dr. Zulkifli, beliau sempat menitipkan pesanan kepada para pengikutnya di Facebook tentang bagaimana seorang mualaf yang kelainan upaya boleh berusaha menjadi seorang muslim yang bagus dalam masa terdekat.
Tambahnya lagi, seharusnya insan normal segan dengan lelaki itu kerana kerap leka dengan duniawi sedangkan mampu melakukan sesuatu ibadah dengan mudah.
Masya Allah hebat lelaki ni
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa kagum dengan kesungguhan lelaki mualaf itu. Walaupun tidak berada dalam keadaan sempurna, namun kegigihannya harus dipuji kerana berusaha menjadi seorang muslim yang sejati.
Contoh teladan yang baik
Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan